Terma dan Syarat

Berikut adalah terma dan syarat yang perlu anda persetujui untuk menyertai keahlian laman web YouVea.com. Pastikan anda membacanya dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah atau kekeliruan di kemudian hari.

Penyertaan

  • Penyertaan keahlian adalah percuma.
  • Penyertaan sebagai affiliater adalah secara automatik untuk setiap pendaftaran termasuklah untuk tujuan pembelian produk.
  • Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk menjadi agen affiliate YouVea.com.
  • Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Promosi

  • Sebagai seorang Agen affiliate anda hendaklah menggunakan teknik promosi yang betul. Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang teknik spam, blackhat, greyhat dan sebagainya.
  • Untuk mendapatkan komisen, anda haruslah melakukan promosi secara online sahaja. Sebarang pembelian produk secara offline tidak akan dapat dikesan oleh sistem affiliate. Jesteru itu komisen tidak akan direkodkan.

Komisen

  • Komisen hanya akan dibayar menggunakan akaun Maybank dan CIMB sahaja. Oleh yang demikian, pastikan anda HANYA menggunakan bank-bank tersebut sahaja untuk tujuan penerimaan komisen.
  • Komisen akan dibayar pada setiap 1 hingga 5 haribulan
  • Had kelayakkan minimum komisen adalah RM100.00 sahaja. Ini bererti, walaupun komisen terkumpul anda baru mencecah RM150.00, komisen anda akan tetap dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Namun, setiap transaksi pengeluaran, anda akan dicas sebanyak 7% sebagai yuran pengurusan dan lain-lain cas perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak bertanggungjawab.

Lain – Lain

  • Agen affiliate tidak dibenarkan untuk membuka lebih daripada 1 akaun affiliate.
  • Agen affiliate tidak dibenarkan membuat pembelian produk melalui link affiliate sendiri. Sekiranya ia berlaku, komisen yang terhasil tidak akan dibayar dan akaun affiliate akan dibatalkan.
  • Pihak YouVea.com BERHAK menamatkan penyertaan mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak YouVea.com BERHAK mendakwa mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Pihak YouVea.com BERHAK meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan tanpa persetujuan daripada agen affiliate bergantung kepada keperluan semasa demi kebaikan semua pihak.

Sebarang pertayaan dan bantuan, sila hubungi pihak kami segera melalui ruang bantuan dan sokongan.

error: Maaf, fungsi ini dinyahkuasakan !!