Menurut sumber, SPAM adalah:

“SPAM atau juga Junk Mail merupakan penyalahgunaan dalam pengiriman artikel elektronik bagi menghantar artikel iklan, gambar iklan dan sebagainya yang menyebabkan ketidakselesaan bagi pengguna internet. Artikel spam turut dikenali sebagai: spam surat elektronik, spam pesanan messenger , spam Usenet newsgroup, web search engine spam, spam komen blog, spam melalui telefon, spam forum Internet, dan lain lain.

Spam biasanya dihantar secara bertubi-tubi tanpa keizinan atau tidak dikehendaki oleh penerimanya. Contoh yang biasa kita temui ialah spam pos-emell berisi iklan, SMS, ruang komen dalam forum untuk mempromosi barang yang tidak berterkaitan dengan tajuk forum, post di Facebook Group, spamdexing yang menguasai search engine bagi meninkatkan SEO URL, yang tidak bermanfaat terhadap sesuatu blog, log book laman web dan sebagainya. 

Spam mudah untuk dikirimkan. Perbelanjaannya juga murah. Spam boleh dikirimkan tanpa memerlukan senarai emel (mailing list) untuk mencapai para pelanggan-pelanggan yang disasarkan. Akibatnya banyak pihak yang menanggung kerugian khususnya seperti Owner blog atau laman web serta tetamu mereka yang merasa tidak selesa dengan kehadiran artikel Spam yang berisi ayat-ayat jualan. Kadang-kadang terdapat artikel yang mengandungi untur penipuan, SCAM bisnes yang melanggar hukum dan peraturan Negara.” –wikipedia

Maka, sila berhati-hati dengan aktiviti dalam dunia internet ini. Semoga penjelasan berikut membantu anda agar tidak melakukan SPAM dan menjadi pengguna internet yang beretika.

Tips Menghindari Perbuatan SPAM

1. Hentikan pengiriman email promosi atau iklan secara bertubi-tubi ke sasaran Anda. Gunakan kaedah mempromosikan produk yang betul. Jika belum menguasainya web YouVea.com telah menyediakan sifu-sifu yang hebat dalam bidang jualan untuk anda ikuti kaedah mereka dalam menjalankan jualan secara online. Lebih baik Anda menghantar link promosi kepada orang yang Anda kenali sebelumnya dan gunakanlah MEDIA SOSIAL melalui kefahaman bersosial yang sebenar. Bukan menghantar pos iklan bertubi-tubi yang menyemakkan hidup orang lain.

2. Jangan terlalu kerap untuk Login dan Logout ke akaun anda dalam tempoh yang singkat. Aktiviti tersebut mungkin akan dicurigai secara automatik oleh security laman web dan akaun anda akan diblock. Wang yang terhasil dalam web ini kemungkinan tidak dapat dituntut berikutan tiada bukti untuk ditunjukkan.

3. Jangan isi content blog/web artikel dengan copy paste secara terus (ciplak) artikel website lain. Ini kerana satu ketika robot SPAM mampu untuk mengesan artikel tersebut dan menurunkan ranking blog/web anda. Kaedah terbaik, copy dan paste beberapa artikel yang sama, baca dan fahamkan seterusnya edit semula ayat atau perenggan tersebut secara kritis, kreatif, sintesis dan sintaksis. Barulah anda digelar penulis yang baik.

4. Jika internet Anda slow, jangan lakukan ping atau submit link ke web/blog atau search engine.

5. Perkara PALING PENTING untuk Anda lakukan tetapi sering anda tinggalkan ialah membaca setiap ruang Privacy Policy dan Terma dan Syarat sesebuah laman web yang anda ikuti.

Kesan kepada web YouVea

Untuk pengetahuan anda, sikap yang tidak bertanggungjawab dengan membuat SPAM akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada website YouVea. Antaranya :
– Diblacklistkan penggunaannya untuk membuat promosi berbayar seperti Facebook Ads, Google Ads dan sebagainya. Ini mngundang kemarahan kepada Owner produk mahupun affiliater lain.
– Diattack oleh hacker yang mengakibatkan pembuangan masa bagi membackup website dan mengupload semula.
– dan pelbagai lagi masalah.

Mungkin itu saja beberapa tips penting agar anda menghindari perbuatan SPAM. Jika anda memiliki tips-tips lain, mari bincangkan bersama diruang komen. INGAT, kadang-kadang kesalahan yang dirasakan kecil disebabkan aktiviti yang tidak beretika oleh anda memberikan IMPAK yang besar kepada orang lain. Hidup biarlah memudahkan orang, jangan MENYUSAHKAN. Doa orang teraniaya diangkat tanpa hijab. Bagaimana anda nak KAYA atau mengaut keuntungan sekiranya perbuatan anda salah disisi AGAMA mahupun undang-undang Negara.

 

error: Maaf, fungsi ini dinyahkuasakan !!